Selasa, 29 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010




Ucapan selamat tahun baru 2010 khas buat kawan2 yang bertugas di maktab. Tahun 2010 merupakan tahun yang mungkin kursus berkurangan di maktab so apa lagi boleh le kita plan trip-trip yang bagus untuk tahun 2010.

Jumaat, 25 Disember 2009

TRIP JENGGO TERLEWAT 1 JAM HASIL LUMAYAN!!! (JENGGO KUALA SELANGOR)









Trip yang dirancang sekian lama sebagai penutup tirai memancing jenggo bagi tahun 2009 berakhir dengan kejayaan.Ahli trip cuma aku,m.mohsin dan abg din. Pada jam yang ditetapkan pada jam 0500hrs berkumpul di tempat parking kereta aku. Cuma aku aje yang awal. Abg Din Rimau sampai jam 0520hrs dan sjn mohsin baru terjaga pada jam 0545hrs so kami bertolak jam 0600hrs terlewat 1 jam dari yang dirancang.

Kami tiba di kuala selangor pada jam 0720hrs terus bersarapan di restoran rahimah selesai minum kami bergerak ke jeti Kg Baru Pasir penambang. Sampai aje kami dah terlihat abg amy tersenyum sambil mengarahkan anak buahnya mengeluarkan bot2 yang telah di tempah. Ramai juga orang yang menyewa hari krismis ni sambut dalam sungai le....

Kapal perang bergerak tepat jam 0820hrs lokasi pertama kami di kawasan nipah. Sjn mohsin menjadi orang pertama mendapat jenggo yang di anggarkan 170g. Dari port ke port yang lain kami dapat menaikan banyak jenggo pada hari ni jenggo terbesar aku cuma 165g aje dan abg din hampir sama drngan aku aje.

Selesai makan tengahari ( sembahyang jumaat dalam bot) kami bergerak mencari lubuk2 jenggo namun nasib tidak menyebelahi kami kerana hujan lebat hampir 11/2jam dan renyai sampai jam 1700hrs. Habis basah kami bertiga.

kami balik ke pengkalan hampir jam 1925hrs apa pun trip kali ini memang berjaya dengan sjn mohsin berjaya menaikan hampir 1.5kg,aku cuma 1.3kg dan abg din 1.2kg itu belum campur berat ikan yang dipancing termasuk le sekor sumpit seberat 1/2kg yang memcuri umpan jenggo aku.Apa pun 2010 kami akan turun kembali mencari jenggo kuala selangor.

Rabu, 23 Disember 2009

MEMCARI ABU ISLAND II ( SENYUM SI APIT PARIT)





Tengah asyik berchat tiba2 aje si apit parit memhantar email memgajak aku g kepong tackle atau law brother kat bherang katanya nak tengok barang berharga. Itu yang menjadi tanda tanya pada aku barang apa yang nak dicari tu?

Akhirnya kami berjumpa di kedai muslim lepas makan pagi terus aje aku dan apit parit bergerak ke behrang. Sampai aje di kedai Law brother terus si apit bertanyakan sesudu ABU ISLAND II dengan penuh semangat tapi balasan dari auntie semua sudah habis dan sudah tempah pun dah habis cuma ada 5 set aje 12g 4pcs dan 7g 1pcs itu pun sudah bertuan. Hampa le si apit ni.

Kami berdua kemudian terus ke kedai yang lagi satu tapi hampa juga. Last sekali kami kembali ke kedai law brother sambil mengayat auntie last auntie cakap kalau mau jugak dia try call owner yang tempah 5set tadi. Owner tersebut bersetuju untuk menjual 1set 12g(rm22.00) dan 1set 7g(rm19.00) jadi si apit tanpa berlengah terus menhulurkan duit tanda jadi dengan muka yang bersinar2 macam spoon tu jugak.

Akhirnya ABU ISLAND II telah menjadi milik apit walaupun mahal sikit dari harga asal janji dapat apa yang dihajatkan minggu ni dah nak turun try abu island II belakang rumah apit le tu.

Isnin, 21 Disember 2009

PROJEK PANCING KOLAM AFAK ( ULU TAMU )







Projek yang dibuat secara kebetulan saja. Aku,raymond dan acong telah memilih untuk memancing satu kolam yang baru dibuka hampir 2 bulan lalu. Kolam pancing afak ( ah chong ) milik orang asli di perkampung orang asli ulu tamu nak masuk pun amat jauh ke dalam. Ini adalah kolam no 2 dikawasan ulu tamu yang no 1 kolam pancing ulu tamu jangan tersilap masuk tengok le papan tanda di setiap simpang.

Kami betiga sampai di kolam pada jam 1710hrs dan terus membeli umpan dan membayar wang masuk rm25 seorang. Tulis kat papan tanda 3jam rm20 , 5jam rm30 tapi bila masuk dikenakan bayaran rm25 bila ditanya pada pekerja dikaunter dia cakap rm5 dopesit tak kisah lah kami mula start pancing mulai jam 1730hrs hingga 2030hrs selama 3 jam. Tengok dari muka pemancing lain biasa aje cuma dari satu sudut kolam ada 2 orang hamba allah ni asyik dia orang aje naik yang lain agak senyap sikit. Hampir 11/2 jam kami memancing masih belum menerima sambaran yang diharapkan. Raymond dan acong langsung tiada sambutan.

Joran aku 3,4 kali di makan ikan tapi hampa. Akhirnya lebih kurang jam 1935hrs aku menerima satu strike yang kuat akhirnya tewas sekor rohu berskala 1.1kg aje. Selang 7minit kemudian satu lagi strike memjadi akhirnya tewas rohu ke dua hampir 1.2kg aje.

Selepas tu kembali sunyi akhirnya kami bertiga besama isteri acong cikgu ana memgambil keputusan untuk balik ke kkb aje le. Kami hanya dapat 2 ekor aje rohu pada petang itu. Apa pun kami akan kembali lagi untuk memcuba nasib pada lain masa.

Khamis, 17 Disember 2009

SAHABAT BARU TEAM PANCING MKKB




HI,FISH,
NOW I KNOW WHERE YOU ARE.........

Fishfinder adalah satu keperluan bagi setiap pemancing pada masa kini. Hampir semua pemancing sekarang sudah mempunyai fishfinder,gps atau sonar. Oleh tu aku telah membeli satu set fishfinder jenama PHIRADAR yang disyorkan oleh sahabat baik aku iaitu APENG tokey kedai pancing ANG SPORTS FISHING dengan harga istimewa rahsia tu.Walaupun kecil ia adalah sebagai permulaan sebelum membeli sonar yang lebih besar. Fishfinder adalah terbaik untuk team ni kerana selalu memyewa bot tanpa ada fishfinder sekarang tiada lagi keraguaan kita boleh bergerak ke mana2 kawasan hanya dengan menggunakan fishfinder ini.

Fish finder/ Depth sounder =Alat berbentuk monitor untuk mencari lokasi ikan. Depth sounder ini terdiri dari tranducer yang berfungsi sebagai sensor dan monitor yang berguna untuk menampilkan hasil gambar dasar laut.


Model FD06A

*Simulation mode
*Display Window Size: 42 x 48 mm
*Display Type: Wide Temperature FSTN LCD V128xH64
*Depth readings from 2.0 to 240ft(0.6-73.2meters) in 1/10th precision
*White LED backlight
*Water Temperature Indicator
*IPX4 Water Resistant Design
*Battery strength indicator
*Fish Icon
*5 levels sensitivity setting
*User selectable feet or meter readings
*Audible fish and depth alarm
*Depth Alarm 3-99ft
*User selectable depth range
*200KHz Sonar Frequency
*Transducer: Side Hull or Transform Mount or Float
*Removable float
*45-degree transducer beam angle
*4 AAA Batteries
*Echo transmitter cable length: 25ft (about 7.6m)
*Working temperature: -4F to 158F (-20C---70C)
*Battery life: (with back light off): 48 hours

Ahad, 13 Disember 2009

HARI KELUARGA DAN KEJOHANAN BOWLING MKKB






Pada 13/12/2009 telah di adakan program Hari Keluarga Dan Kejohanan Bowling MKKB yang di adakan di Bukit beruntung golf club. Pada program ini hanya acara sukaneka dan bowling di adakan. Bagi kanak-kanak acara menyusun puzzel,tiup belon,bowling padang dan bowling indoor. Bagi staf maktab cuma acara bowling di pertandingkan.

Apapun acara ini dijalankan untuk menjalinkan sifat bermasyarakat untuk staf maktab walaupun masih ramai staff yang sedang bercuti. Apa pun ucapan tahniah di tujukan kepada semua pemenang dan urusetia yang bertungkus lumus membuat kerja agar acara yang dijadualkan dapat dijalankan dengan sempurna.

Pada Abg Din Cengkadak tahniah kerana anda memjadi mc dari mula hingga akhir tanpa dikacau oleh mc-mc otai yang lain....ha...ha....

Team JPO tahniah.....A+B

Rabu, 9 Disember 2009

MENJALA IKAN SEMASA AIR BUANG
















Pada 07/12/2009 aku bersama adik ipar aku Nasri telah mengambil kata sepakat nak menjala ikan di hadapan rumah di Parit Tok Ngah, Tg. Piandang, Perak. Kami berdua berhajat untuk menjala udang galah namun nasib tak menyebelahi kami cuma 1 ekor udang galah aje yang dapat di jala pada hari itu.


Hampir 2 jam kami menjala cuma ikan puyu,teroboi,selat,sepat,lampam,keli bendang dan haruan saja yang dapat kami naikan pada hari itu. Apa pun kami pulang ke rumah dengan ikan hampir 2kg termasuk sekor haruan dalam 700g. Ini le keadaan kalau tak turun memancing segala acara berkaitan ikan akan kami lakukan. Yang penting kepuasan mendapat ikan.

Ni le adik ipar aku yang rajin menjala walaupun jam menunjukkan jam 1330hrs tengahari ma...

KEPUASAN MEMANCING JENGGO SG KERIAN
















Pada 04/12/2009 pada jam 1615hrs akhirnya tercapai juga hajat Abg Mohsin kita untuk merasa tarikan jenggo sg krian bandar baharu kedah. Walaupun baru sampai ke Bandar Baharu bersama Raymond pada jam 1530hrs samapi aje di rumah aku bro mohsin tanpa berlengah terus mengajak aku dan raymond untuk terus g ke pengkalan di belakang rumah Rizal.
Sampai aje aku dan bro mohsin terus menaiki bot berenjin turbo 3 kuda milik anuar terus berperang mencari jenggo manakala Raymond ke kawasan sawah mencari haruan. Kami memancing hampir 2 1/2 jam aje tapi jenggo kurang namum hajat bro mohsin tercapai jugak apa bila menaikan jenggo hampir 300g apa pun kepuasan terpancar di mula bro mohsin. Terus bro Mohsin memberitahu aku yang dia akan ke sini lagi untuk membongkar jenggo-jenggo di sempadan perak-kedah-penang suatu hari nanti mungkin bulan 01/2010 nanti kami akan turun lagi ke sini.
JENGGO SG KERIAN TUNGGU KEHADIRAN KAMI PADA TRIP AKAN DATANG..........

TRIP MENCARI MJ/SM BERTUKAR DURI SEMILANG



























Pada 05/12/2009 bersamaan sabtu satu trip percubaan mencari lubukMJ/SM di selinsing dijalankan. Ahli-ahli terlibat Depo k,M.Mohsin,Raymond dan Anuar. Sampai saja di pengkalan sg pinang selinsing pada jam 0800hrs saudara abg cin telah menunggu kami selesai saja serah menyerah bot apa tunggu lagi semua kelengkapan di bawa masuk ke dalam bot.




Bermulalah acara casting dan bottom namun harapan semakin pudar kerana tiada sambutan hanya sepisis duri aje yang memakan umpan kami. Hampir keseluruhan kuala selinsing kami terokai sehingga sempadan kuala gula tetapi hampa semuanya kurang sambutan cuma duri dan semilang aje yang berjaya kami naikan.




Jam menunjukkan jam 1530hrs awan bertukar dari kebiruaan kepada hitam legam ni menandakan hujan nak turun apa lagi cari le kawasan berteduh. Apa pun kami tetap basah kerana hujan begitu lebat.




Jam menunjukkan jam 1600hrs kami bergerak balik ke pengkalan tapi malang tak berbau kami tersilap masuk lorong silap la pulak kena u turn sampai 2 kali baru sampai ke pengkalan. Apapun kami bersyukur walaupun apa yang dihajat tu tak dapat tapi keseronokan memancing melebihi segalanya. Cuma duri dan semilang hampir 4kg untuk buat kering.




Kepada M.Mohsin dan Raymond jangan marah no kasihan datang jauh2 tapi kumpau habis.


Kepada yang ingin turun ke selinsing cuba selak-selak kelander islam air paling cantik bulan islam mulai 06-11 dan 21-28 itu yang dicadangkan oleh abg cin pengusaha bot pengkalan sg pinang selinsing perak. Apa pun kita akan cuba nasib di sana lagi.