Rabu, 9 Disember 2009

TRIP MENCARI MJ/SM BERTUKAR DURI SEMILANG



























Pada 05/12/2009 bersamaan sabtu satu trip percubaan mencari lubukMJ/SM di selinsing dijalankan. Ahli-ahli terlibat Depo k,M.Mohsin,Raymond dan Anuar. Sampai saja di pengkalan sg pinang selinsing pada jam 0800hrs saudara abg cin telah menunggu kami selesai saja serah menyerah bot apa tunggu lagi semua kelengkapan di bawa masuk ke dalam bot.




Bermulalah acara casting dan bottom namun harapan semakin pudar kerana tiada sambutan hanya sepisis duri aje yang memakan umpan kami. Hampir keseluruhan kuala selinsing kami terokai sehingga sempadan kuala gula tetapi hampa semuanya kurang sambutan cuma duri dan semilang aje yang berjaya kami naikan.




Jam menunjukkan jam 1530hrs awan bertukar dari kebiruaan kepada hitam legam ni menandakan hujan nak turun apa lagi cari le kawasan berteduh. Apa pun kami tetap basah kerana hujan begitu lebat.




Jam menunjukkan jam 1600hrs kami bergerak balik ke pengkalan tapi malang tak berbau kami tersilap masuk lorong silap la pulak kena u turn sampai 2 kali baru sampai ke pengkalan. Apapun kami bersyukur walaupun apa yang dihajat tu tak dapat tapi keseronokan memancing melebihi segalanya. Cuma duri dan semilang hampir 4kg untuk buat kering.




Kepada M.Mohsin dan Raymond jangan marah no kasihan datang jauh2 tapi kumpau habis.


Kepada yang ingin turun ke selinsing cuba selak-selak kelander islam air paling cantik bulan islam mulai 06-11 dan 21-28 itu yang dicadangkan oleh abg cin pengusaha bot pengkalan sg pinang selinsing perak. Apa pun kita akan cuba nasib di sana lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan