Blog ni memhimpunkan trip-trip yang melibatkan member-member di maktab kuala kubu bharu tentang aktiviti memancing dan lain lain aktiviti luar.....
Isnin, 21 Disember 2009
PROJEK PANCING KOLAM AFAK ( ULU TAMU )
Projek yang dibuat secara kebetulan saja. Aku,raymond dan acong telah memilih untuk memancing satu kolam yang baru dibuka hampir 2 bulan lalu. Kolam pancing afak ( ah chong ) milik orang asli di perkampung orang asli ulu tamu nak masuk pun amat jauh ke dalam. Ini adalah kolam no 2 dikawasan ulu tamu yang no 1 kolam pancing ulu tamu jangan tersilap masuk tengok le papan tanda di setiap simpang.
Kami betiga sampai di kolam pada jam 1710hrs dan terus membeli umpan dan membayar wang masuk rm25 seorang. Tulis kat papan tanda 3jam rm20 , 5jam rm30 tapi bila masuk dikenakan bayaran rm25 bila ditanya pada pekerja dikaunter dia cakap rm5 dopesit tak kisah lah kami mula start pancing mulai jam 1730hrs hingga 2030hrs selama 3 jam. Tengok dari muka pemancing lain biasa aje cuma dari satu sudut kolam ada 2 orang hamba allah ni asyik dia orang aje naik yang lain agak senyap sikit. Hampir 11/2 jam kami memancing masih belum menerima sambaran yang diharapkan. Raymond dan acong langsung tiada sambutan.
Joran aku 3,4 kali di makan ikan tapi hampa. Akhirnya lebih kurang jam 1935hrs aku menerima satu strike yang kuat akhirnya tewas sekor rohu berskala 1.1kg aje. Selang 7minit kemudian satu lagi strike memjadi akhirnya tewas rohu ke dua hampir 1.2kg aje.
Selepas tu kembali sunyi akhirnya kami bertiga besama isteri acong cikgu ana memgambil keputusan untuk balik ke kkb aje le. Kami hanya dapat 2 ekor aje rohu pada petang itu. Apa pun kami akan kembali lagi untuk memcuba nasib pada lain masa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan