Blog ni memhimpunkan trip-trip yang melibatkan member-member di maktab kuala kubu bharu tentang aktiviti memancing dan lain lain aktiviti luar.....
Jumaat, 25 Disember 2009
TRIP JENGGO TERLEWAT 1 JAM HASIL LUMAYAN!!! (JENGGO KUALA SELANGOR)
Trip yang dirancang sekian lama sebagai penutup tirai memancing jenggo bagi tahun 2009 berakhir dengan kejayaan.Ahli trip cuma aku,m.mohsin dan abg din. Pada jam yang ditetapkan pada jam 0500hrs berkumpul di tempat parking kereta aku. Cuma aku aje yang awal. Abg Din Rimau sampai jam 0520hrs dan sjn mohsin baru terjaga pada jam 0545hrs so kami bertolak jam 0600hrs terlewat 1 jam dari yang dirancang.
Kami tiba di kuala selangor pada jam 0720hrs terus bersarapan di restoran rahimah selesai minum kami bergerak ke jeti Kg Baru Pasir penambang. Sampai aje kami dah terlihat abg amy tersenyum sambil mengarahkan anak buahnya mengeluarkan bot2 yang telah di tempah. Ramai juga orang yang menyewa hari krismis ni sambut dalam sungai le....
Kapal perang bergerak tepat jam 0820hrs lokasi pertama kami di kawasan nipah. Sjn mohsin menjadi orang pertama mendapat jenggo yang di anggarkan 170g. Dari port ke port yang lain kami dapat menaikan banyak jenggo pada hari ni jenggo terbesar aku cuma 165g aje dan abg din hampir sama drngan aku aje.
Selesai makan tengahari ( sembahyang jumaat dalam bot) kami bergerak mencari lubuk2 jenggo namun nasib tidak menyebelahi kami kerana hujan lebat hampir 11/2jam dan renyai sampai jam 1700hrs. Habis basah kami bertiga.
kami balik ke pengkalan hampir jam 1925hrs apa pun trip kali ini memang berjaya dengan sjn mohsin berjaya menaikan hampir 1.5kg,aku cuma 1.3kg dan abg din 1.2kg itu belum campur berat ikan yang dipancing termasuk le sekor sumpit seberat 1/2kg yang memcuri umpan jenggo aku.Apa pun 2010 kami akan turun kembali mencari jenggo kuala selangor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kalau nak try Jenggo Muar bleh Call aku
BalasPadamkairudin-019-4400070