Sabtu, 9 Januari 2010

TRIP JENGGO K.SELANGOR. ( AIR TERLALU JERNIH )

Teramat cantik air hari ni


Senjata milik kamal dan din tersusun ma

Hasil pancingan depo k


depo k + hasil jenggonya

Jenggo pertama trip ni....


kamal dgn jenggonya....
Menunggu giliran nak naikkan jenggo

Satu trip untuk cuba memcabar trip 25/12/2009. Trip kali ni disertai oleh depo k,m.mohsin,din rimau dan kamal ( ahli baru tapi dah lama tak join team ). Trip pada 09/01/2010 berkumpul di rumah m.mohsin pada jam 0500hrs bertolak ke taman arif memgambil din dan kamal terus bergerak dari kkb ke k.selangor melalui b.beruntung-b.tagar-unisel-jln raja musa-bukit belimbing-pengkalan kg baru pasir penambang. Sampai di kuala selangor pada jam 0630hrs terus ke restoran rahimah untuk sarapan pagi.

Selesai sarapan pagi bergerak ke pengkalan sampai aje dah penuh kereta ramai jugak member2 yang turun. Apa tunggu lagi terus masukkan barang dalam bot yang boleh memuatkan 4 orang dapat umpan udang beras terus bergerak ke lokasi pertama kawasan nipah. Tapi trip kali ni sebenarnya hampir kumpau kerana cuaca amat cantik air teramat cantik dan terlalu jernih sehingga kedalaman 1.5 meter dapat dilihat dengan jelas ini menyebabkan si jenggo kurangg sikit nak makan. Cuma waktu petang aje baru galak nak makan.

Macam biasa trip kami selesai pada jam 1830hrs dan terus bergerak balik ke kkb. Gambar di atas adalah hasil saya seorang pada trip kali ini. Pada kamal jangan bersedih nanti kita turun lagi walaupun kureng sikit.......
jengggo tetap di hati ku.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan