Sabtu, 23 Januari 2010

PERALATAN MEMANCING JENGGO (BHG 1)















































Peralatan untuk memancing udang galah yang selalu digunakan pada masa ini adalah amat ekonomi pada harga rm100 mungkin kita boleh mendapat 4 set pancing udang galah tanpa berjenama terkenal.Murah dan mahal tidak menjadi satu beban pada kaki pancing yang penting keseronokan melayan si jenggoooo.

REEL

Selalunya para memancing menggunakan model 500 atau 1000 sudah terbukti keasyikan melawan si jenggo.Antara model kegemaran saya shakespeare intrepid,Tica cetus 500,Ofmer axis dan Daiwa crossfire-A 1000 walaupun harga reel tersebut antara rm48 ke rm75 tetapi pelaburan ini amat berbaloi.


ROD
Rod untuk memancing udang galah tak menjadi masalah dari harga rm5.00 hingga rm30.00 adalah biasa cuma yang berjenama mempunyai daya tarikan yang menarik seperti model xpuyu matrix test line 4-10lb,lures:4-21g dan length 1.35mm sudah memcukupi untuk memancing jenggo dari atas sampan atau bot.

TALI

Tali biasanya boleh digunakan mono atau pun braid tak memjadi masalah kekuatan 6lb hingga 12ld sudah ok. Jika memggunaka tali braid adalah lebih baik kerana kita dapat merasai tarikan sijenggo dengan pantas. Apa pun saya menggunakan tali sulam antara 8lb hingga 12lb penggunaan tali adalah mengikut kehendak kita sendiri jangan tiru orang lain jika tidak pernah menggunakan tali sulam so berhati-hatilah keranatali sulam amat sensitif perlu dijaga selepas memancing hendaklah dibasuh agar jangka hayat tali ini lebih lama untuk digunakan.

BATU LADUNG

Batu ladung yang biasa digunakan adalah jenis buah kana bernombor 4,5,6dan 7. Perlu diingatkan penggunaan batu ladung adalah mengikut keadaan air jika air perlahan no 4 pun ok kalau laju mungkin no 6 atau 7 terpaksa di gunakan.Batu ladung bulat juga biasa digunakan so ikut selera masing-masing.

MATA KAIL

Mata kail biasa atau sabit selalunya digunakan untuk memancing jenggo ada sesetengah tempat menggunakan mata kail biasa anatara n0 5 hingga 8. Manakala mata kail sabit bernombor 4,5 dan 6 selalunya menjadi pilihan kaki pancing udang galah apa pun pelbagaikan jenis nombor mata kail kerana jika menggunakan no besar tapi kurang berkesan bolehlah kita menukar ke no yang kecil. Sediakan beberapa jenis mata kail untuk kesenangan pada masa kita turun ke padang pancing. Tepuk dada tanya selera mau jenggoooo ke....

BEKAS UDANG GALAH

Ada banyak jenis bekas menyimpan udang galah pada masa kini dari nylon hingga ke jut besi yang mana satu pilihan anda? Apa pun janji ada semasa turun memancing. Sepekara lagi adalah lebih baik jika membawa bekas coleman untuk menyimpan udang yang telah mati agar terjamin kesegaran udang tersebut.

KITA BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN KE 2 SEDIKIT MASA LAGI......






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan