Ahad, 21 Mac 2010

OPS CENCARU KUDA

Depan rumah sjn mohsin menunggu apit parit sampai lambat 1/2jam

Sarapan pagi di hadapan pengkalan TLDM Lumut


Semua tak lalu nak makan kerana tak sabar nak ke p9


Nasib baik le kamu mahal kalau tak jadi umpan le kamu...


Tengah beli umpan udang hidup


Apa lagi tu raymond...


Sjn Mohsin masih sempat memasang peralatan perang beliau


Tengah boring menunggu Abg Razak


Abg razak tengah memandu jentera F1....


Kapitan Depo k


A.Power bersama Cikgu Jamil


Mat pit dan Apit Parit


Sjn Mohsin sempat melambai tangan lagi pada peminatnya


Raymond tengah senyum

TRynos gua tak menjadi...


Nelayan kepenatan tengah panas pun boleh tidur


Sepetang di gugusan sembilan pulau

Tengok le keadaan laut bergelora...habis basah kami semua


Hujan lebat tu....baru berhenti ni dok renyai2...


Bot abg razak menhantar kami ke jeti pasir


Raymond buat apa tu...

Cikgu jamil tengah simpan peralatan perangnya

Ops keluarkan ikan untuk masukkan ke dalam coleman


Penuh 2 tong coleman

Raymong dengan kerapu cenonit


Dalam perjalan balik ke kkb


Bahagian 1/7 milik depo k boleh le untuk makan 1 minggu


Pada mulanya trip ALPHA01BRAVOp99 tujuan utamanya adalah untuk menewaskan si jenahak,ebek,gerpoh(GT),alu-alu namun si jenahak tak muncul2 sampai akhir trip kami yang tinggal hanyalah Cencaru kuda....apa pun kami bersyukur rezeki yang diberi allah dengan itu kapitan depo k menamakan trip ni OPS CENCARU KUDA..

Pada tanggal 20/03/2010 jam 0115hrs team A terdiri daripada Depo k,apit parit,raymond dan m.mohsin bergerak dari kkb ke teluk batik. Team B pula terdiri daripada A.Power (anuar paris) dan cikgu jamil bertolak dari bandar baharu kedah pada jam 0300hrs dan Team C si mat pit tunggu di teluk batik (kat kampung dia). Team A&B bertemu pada jam 0600hrs di medan ikan bakar kat marina cove. Lebih kurang jam 0700hrs apit mendapat panggilan dari mat pit memberitahu satu berita buruk iaitu semua 150ekor udang hidup yang dibeli telah mati so team A telah bergegas ke kampung setiawan lalu membeli 100ekor udang hidup sebagai ganti.


Tepat jam 0800hrs kami semua berjumpa kembali di kawasan medan ikan bakar sambil menurunkan semua peralatan untuk berperang. Ledih kurang jam 0845hrs baru lah nampak bot yang dikemudi oleh abang razak dan 2 anaknya. Sampai aje bot apa lagi semua barang dibawa naik ke atas bot. Lokasi pertama kami Boya Merah kat situ pun dah ada 3 bot sedang melakukan apollo so kerja pertama kami adalah apollo...tetapi cencaru kuda,gerut2 yang kecil aje yang memakan umpan bilis kami. Abg Razak membawa kami ke arah boya hijau dan berhenti di pertengahan jalan dan aktiviti apollo bersambung kembali di lubuk ni le kami bertujuh berpesta cencaru kuda saiz 11/2kaki berat hampir 1kg tiap seekor. Lain-lain ikan yang dinaikan talang pandan,pinang,kerisi dan kerapu.


Lebih kurang jam 1600hrs kami berpindah masuk ke gugusan pulau sembilan lokasi pertama satu lubuk berkedalaman 163ft tapi arus terlalu kuat Fish finder aku menun jukkan banyak ikan tapi tak menyentuh langsung umpan kami. Lalu kami berpindah ke kawasan berdekatan pulau rumbia aktiviti bottom dan apollo dilakukan namun tiada sambutan cuma ikan kecil2 aje menyambar apollo. Hampir 45minit kami mula melakukan acara casting sekitar pulau namun jawapannya tak ada GT,EBEK,TALANG,ALU-ALU mahupun banang yang menerkam gewang,popper atau pun bulu semuanya tak laku....


Apa bila tirai malam bermula kami semua memulakan acara bottom sepenuhnya hanya seekor tanda seberat 1kg berjaya dinaikan lain-lain tak ada le mana g semua ikan di gugusan sembilan pulau ni ye.....Tanya bot lain pun sama jugak le jawapannya tak ada ikan.....Lebih kurang jam 0545hrs keadaan angin barat daya dan tenggara bertemu agak kencang le jugak kata abg razak kita cari lokasi untuk berlindung mungkin hujan lebih kurang jam 0600hrs mak datuk hujan lebat melanda kami semua apa lagi pakat cari tembat berlindung namun bumbung bot abg razak bocor air menitik so duk dalam basah la jugak kami semua.


Apa bila jam menunjukkan jam 0800hrs abg razak bertanya pada aku nak bottom atau nak pindah aku aje g apollo aje kat kawasan boya so kami terus ke kawasan boya merah dan apollo sehingga jam 1100hrs lepas tu bergerak balik ke jeti pasir kat medan ikan bakar sampai aje kami terus turunkan barang dan membahagi sama rata semua ikan yang berjaya di pancing kami bertujuh jam 1200hrs kami semua bersurai. Team A & B terus ke restoran singgahsana dan makan tengah hari. So pada semua kawan2 dalam trip ni aku minta berbanyak2 kemaafan kalau ada yang terkurang atau terlebih KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN so lain kali aku akan anjurkan satu trip khas ke pulau sembilan untuk acara APOLLO aje ni yang dapat banyak ikan he..he.. APA PUN ABG RAZAK DAN 2 ANAKNYA MEMANG BEST LAIN KALI KAMI NAK SEWA BOT ABG RAZAK LAGI....


MAKLUMAN HARAP MAAF GAMBAR BERSAMA IKAN TANGKAPAN TAK DAPAT DI TANGKAP KERANA SIBUK MELAYAN MELAYAN CENCARU KUDA....


SELAMAT MAKAN IKAN CENCARU KUDA

2 ulasan:

  1. X depo k...atuq lain...cencaru pun ok pa...
    makan nasi berlauk kari cencaru..fuhh sedap..
    nk tambah ari tu ..tp segan sikit..
    t/kasih wat semua kwn2 yg br kenai... trip sempoi..

    BalasPadam
  2. Ok la tangkapan tu cuma ikan gred A yang diidamkan langsung tak ada tu yang bengang tu.... apa pun jamil kalau ada trip best insallah aku kasitahu ni ada member perodua geng apit ajak g terengganu mai kat pelantar 3h2m tapi bot kosong selepas bulan 8/2010 nanti kita info lagi le.....kami teringin nak buat trip kat kawasan penang tolong tengok lubuk & lokasi serta bajetnya...

    BalasPadam