Ahad, 28 Mac 2010

TRIP GERACHI V

Bersemangat nak berlepas ke Gerachi jaya

Dah penat menunggu baung namun tiada sambutan


Raymond dalam kesejukaan



Empangan sg.selangor dari gerachi jaya



Empangan sg.selangor




Empangan sg.selangor


Jambatan ke splash


Air baru dilepaskan


Muka2 kepenatan...


Saudara baik depo k ke mana pun bersama...


Jom kita balik.....kumpau habis....


Ni aje yang depo k dapat........


Trip yang dirancang awal tapi terlewat 1jam kerana ada ahli terlewat bangun dan lupa,macam-macam ada. Trip kali di bersama depo k,raymond,din tiger,kamal dan shahrul. Sampai aje dilokasi dah ternampak kelibat nat pit diseberang sungai sedang memancing baung namun belum lagi naik. Siap aje pasang kemah kami terus memancing aku mendapat strike pertama dan tertewaslah sekor baung belum sempat membuang mata kali dari mulut baung satu lagi pancing aku strike baung le juga dapat le lesen 2ekor. Hampir 3 jam memancing langsung tak ada sambaran last lebih kurang jam 2130 baru la ada satu sambaran baung hampir 1kg. Lain team hanya menaikan anak baung aje. Tengah malam hujan lebat menyebabkan tikar basah so nak tidur pun tak sempat kerana basah. Hujan berhenti lebih kurang jam 1 pagi kami sambung memancing tapi hampes tiada langsung ragutan dari sang baung. Pada jam jam 0101hrs abg din tiger menerima satu panggilan telefon dari kak bibah memaklumkan S.M. MAJID KHAN BIN SABIT KHAN telah meninggal dunia kerana serangan jantung AL-FATIHAH KEPADA BEKAS SM AKU DI PEJ LATIHAN LUAR. Apa pun sampai jam 0600hrs tiada sambutan kami mengambil keputusan untuk balik aje so ceritanya KUMPAU le kami semua cuma sorang 3 aje dapat...Apa pun kita turun lagi pada masa akan datang.......

Isnin, 22 Mac 2010

OPS BERSIH

Macam kedai pancing la pulak

Rendam jangan tak rendam


Beli tali mahal2 kena le rendam nak buang garam


Jemur jangan tak jemur


Barisan askar-askar upahan


Macam-macam ada...


Ni lepas bilas keringkan dan minyakkan le..takut karat ma


Ha... ni yang ditunggu-tunggu dah nak masak dah cencaru kuda bakar cicah air asam
sodapnye....


Dah selesai OPS CENCARU KUDA apa lagi 22/03/2010 aku masih bercuti so apa lagi buat ops pembersihan semua peralatan yang digunakan semasa berada di laut semua peralatan dicuci dan direndam dalam air lepas tu diminyakkan kembali untuk tahan 2,3kali lagi boleh digunakkan save bajet bro. Sambil mencuci kelangkapan perang sempat lagi membakar ikan cencaru 3 ekor buat makan tengahari kami sekeluarga...fuhhhh ikan baru beb manis bila dimakan bersama nasi panas dan air asam...... Apa pun segala kelengkapan yang kita guna haruslah dibersihkan untuk kesenangan masa hadapan....

SIAPA YANG BERMINAT NAK SERTAI OPS CENCARU KUDA 2 ( APOLLO AJE) AKU INGAT 08/05/2010 SABTU 0700-1800HRS MODAL 1 AHLI RM100//MAU JOIN CARI KAWAN OK....

Ahad, 21 Mac 2010

OPS CENCARU KUDA

Depan rumah sjn mohsin menunggu apit parit sampai lambat 1/2jam

Sarapan pagi di hadapan pengkalan TLDM Lumut


Semua tak lalu nak makan kerana tak sabar nak ke p9


Nasib baik le kamu mahal kalau tak jadi umpan le kamu...


Tengah beli umpan udang hidup


Apa lagi tu raymond...


Sjn Mohsin masih sempat memasang peralatan perang beliau


Tengah boring menunggu Abg Razak


Abg razak tengah memandu jentera F1....


Kapitan Depo k


A.Power bersama Cikgu Jamil


Mat pit dan Apit Parit


Sjn Mohsin sempat melambai tangan lagi pada peminatnya


Raymond tengah senyum

TRynos gua tak menjadi...


Nelayan kepenatan tengah panas pun boleh tidur


Sepetang di gugusan sembilan pulau

Tengok le keadaan laut bergelora...habis basah kami semua


Hujan lebat tu....baru berhenti ni dok renyai2...


Bot abg razak menhantar kami ke jeti pasir


Raymond buat apa tu...

Cikgu jamil tengah simpan peralatan perangnya

Ops keluarkan ikan untuk masukkan ke dalam coleman


Penuh 2 tong coleman

Raymong dengan kerapu cenonit


Dalam perjalan balik ke kkb


Bahagian 1/7 milik depo k boleh le untuk makan 1 minggu


Pada mulanya trip ALPHA01BRAVOp99 tujuan utamanya adalah untuk menewaskan si jenahak,ebek,gerpoh(GT),alu-alu namun si jenahak tak muncul2 sampai akhir trip kami yang tinggal hanyalah Cencaru kuda....apa pun kami bersyukur rezeki yang diberi allah dengan itu kapitan depo k menamakan trip ni OPS CENCARU KUDA..

Pada tanggal 20/03/2010 jam 0115hrs team A terdiri daripada Depo k,apit parit,raymond dan m.mohsin bergerak dari kkb ke teluk batik. Team B pula terdiri daripada A.Power (anuar paris) dan cikgu jamil bertolak dari bandar baharu kedah pada jam 0300hrs dan Team C si mat pit tunggu di teluk batik (kat kampung dia). Team A&B bertemu pada jam 0600hrs di medan ikan bakar kat marina cove. Lebih kurang jam 0700hrs apit mendapat panggilan dari mat pit memberitahu satu berita buruk iaitu semua 150ekor udang hidup yang dibeli telah mati so team A telah bergegas ke kampung setiawan lalu membeli 100ekor udang hidup sebagai ganti.


Tepat jam 0800hrs kami semua berjumpa kembali di kawasan medan ikan bakar sambil menurunkan semua peralatan untuk berperang. Ledih kurang jam 0845hrs baru lah nampak bot yang dikemudi oleh abang razak dan 2 anaknya. Sampai aje bot apa lagi semua barang dibawa naik ke atas bot. Lokasi pertama kami Boya Merah kat situ pun dah ada 3 bot sedang melakukan apollo so kerja pertama kami adalah apollo...tetapi cencaru kuda,gerut2 yang kecil aje yang memakan umpan bilis kami. Abg Razak membawa kami ke arah boya hijau dan berhenti di pertengahan jalan dan aktiviti apollo bersambung kembali di lubuk ni le kami bertujuh berpesta cencaru kuda saiz 11/2kaki berat hampir 1kg tiap seekor. Lain-lain ikan yang dinaikan talang pandan,pinang,kerisi dan kerapu.


Lebih kurang jam 1600hrs kami berpindah masuk ke gugusan pulau sembilan lokasi pertama satu lubuk berkedalaman 163ft tapi arus terlalu kuat Fish finder aku menun jukkan banyak ikan tapi tak menyentuh langsung umpan kami. Lalu kami berpindah ke kawasan berdekatan pulau rumbia aktiviti bottom dan apollo dilakukan namun tiada sambutan cuma ikan kecil2 aje menyambar apollo. Hampir 45minit kami mula melakukan acara casting sekitar pulau namun jawapannya tak ada GT,EBEK,TALANG,ALU-ALU mahupun banang yang menerkam gewang,popper atau pun bulu semuanya tak laku....


Apa bila tirai malam bermula kami semua memulakan acara bottom sepenuhnya hanya seekor tanda seberat 1kg berjaya dinaikan lain-lain tak ada le mana g semua ikan di gugusan sembilan pulau ni ye.....Tanya bot lain pun sama jugak le jawapannya tak ada ikan.....Lebih kurang jam 0545hrs keadaan angin barat daya dan tenggara bertemu agak kencang le jugak kata abg razak kita cari lokasi untuk berlindung mungkin hujan lebih kurang jam 0600hrs mak datuk hujan lebat melanda kami semua apa lagi pakat cari tembat berlindung namun bumbung bot abg razak bocor air menitik so duk dalam basah la jugak kami semua.


Apa bila jam menunjukkan jam 0800hrs abg razak bertanya pada aku nak bottom atau nak pindah aku aje g apollo aje kat kawasan boya so kami terus ke kawasan boya merah dan apollo sehingga jam 1100hrs lepas tu bergerak balik ke jeti pasir kat medan ikan bakar sampai aje kami terus turunkan barang dan membahagi sama rata semua ikan yang berjaya di pancing kami bertujuh jam 1200hrs kami semua bersurai. Team A & B terus ke restoran singgahsana dan makan tengah hari. So pada semua kawan2 dalam trip ni aku minta berbanyak2 kemaafan kalau ada yang terkurang atau terlebih KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN so lain kali aku akan anjurkan satu trip khas ke pulau sembilan untuk acara APOLLO aje ni yang dapat banyak ikan he..he.. APA PUN ABG RAZAK DAN 2 ANAKNYA MEMANG BEST LAIN KALI KAMI NAK SEWA BOT ABG RAZAK LAGI....


MAKLUMAN HARAP MAAF GAMBAR BERSAMA IKAN TANGKAPAN TAK DAPAT DI TANGKAP KERANA SIBUK MELAYAN MELAYAN CENCARU KUDA....


SELAMAT MAKAN IKAN CENCARU KUDA

Sabtu, 13 Mac 2010

TUAH AHLI BARU NAZIMIN KE TRIP GERACHI JAYA 4

Raymond sambil naik motor sempat lagi ambil gambar
Penatnye redah hutan


Muka2 pemburu ikan


lap ke 8....


Curam wo.....


Turun semuanya laju...


Abg din tengah intai port....


Ahli baru nak pasang kemah


Abg Din tengah siap nak berperang.....last kali guna tapa jugak...ha..ha..


Baung pertama dari set pancing baru dibeli


Mementang dapat banyak 2 orang terus tidur sampai pagi


Tengah layan sms buncit dgn m.mohsin


Raymond tengah pasang umpan tapa

Depo k dengan baung awal pagi...


Si juara trip 4


Siap berkemas nak balik


Kotak givi pun bawa jugak....


Jom daki...


Penatnya nak mendaki bukit ni...


abg din dah standby nak balik min tengah asing ikannye...


Pada 12/3/2010 jam 1745hrs terlewat hampir 30minit kerana depo k ada masalah tenikal. Tepat jam 1745hrs depo k,raymond,din tiger dan nazimin (ahli baru) telah bertolak dari pekan kkb menuju ke sg,gerachi dalam hujan renyai-renyai. Masuk saja dalam kawasan gerachi jaya hujan belum lagi turun maka selamat le kami berempat. Sampai di port kami parking motosikal dan mengambil barang masing2 terus bergerak turun ke port baung. Biasa la turun bukit semuanya laju cepat sampai. Sampai saja diport pekara pertama sekali kami membina kemah untuk berteduh dan tidur. Siap aje pasang kemah apa tunggu lagi jom kita pancing baung. Tuah pada trip kali ni adalah ahli baru,rod baru,mesin baru dan tali baru serta satu set pancing pinjam kat raymond ternyata tuah nazimin berjaya menaikan hampir 4kg ikan baung pada trip pertamanya ni yang membuatkan nazimin nak turun lagi le..... kami bertiga nacam biasa 2kg ke atas cukup le untuk makan 2,3hari. Tepat jam 0730hrs kami bergerak mendaki bukit balik untuk ke parking motosikal masallah macam nak putus kepala lutut kami letih.....sampai aje nazimin terus memberi 10ekor baung kepada depo k untuk dimasak sambal tumis baung....Apa lagi kami pun terus balik ke maktab.....Tahniah ahli baru berjaya mengalahkan juara siri 3 si raymond.... nanti g lagi gerachi jaya.....