Sabtu, 27 Februari 2010

BAUNG GERACHI JAYA

Pemandangan sg.gerachi dem sg.selangor.
Abg Din Tiger nak pasang umpan lundi
Raymond tengah start nak berpesta baung

Zali bun menunggu baung nak menyambar umpan...




depo k nak pasang umpan anak pimpin2



Acara basuh rod kena tapa




Jangan marah raymond he...he...


Acara mengemas kemah


Antara hasil salah seorang ahli kami


NI YANG SYOK SEKALI ASAM PEDAS ISTERI KESAYANGAN DEPO K MASAK

Pada 26/02/2010 depo k,raymond,zali bun dan din tiger telah membuat satu komplot untuk memcuba satu lokasi baru di kawasan sungai gerachi. Kami berempat bertolak dari kkb pada jam 1600hrs hampir terlewat 1/2jam kerana zali bun terbabas la pulak(...?). Sampai aje di satu port baru turun motor ada aje geng RSD masuk so kami sama2 turun ke curun hampir 45' hampir 250meter dari tebing jalan ( macam jungle trackking la pulak) last sekali kami sampai di satu telukport agak cun jugak. Tanpa membuang masa kami berempat terus aje memasang kemah untuk berlindung kerana hujan dah turun. Selesai aje hujan turun kami pun memulakan aktiviti kami. Dengan aku dan din tiger digasak bertubi-tubi oleh baung namun hampa kerana baung lebih pandai mencari tunggul kayu yang memyebabkan tali terpaksa diputuskan (kasihan kami berdua). Apa pun lesen pertama didaratkan oleh zali bun. Bermula dari saat ini kami memancing sehingga jam 0700hrs hasilnya depo k (1.2kg),raymond (2.5kg),zali bun(2kg) dan din tiger (800g tak mau guna umpan tapa dia kata busuk he..he..) Lebih kurang jam 0730hrs kami bergerak naik ke atas dengan mendaki mak datuk macam nak putus kepala lutut kami apa pun berjaya jugak sampai dipuncak dan bertolak balik ke kkb. Umpan yang kami gunakan tapa vietnam dan lundi-lundi aje itu aje yang laku lain2 tak mau langsung. Kalau nak join call atau sent email kat aku kita try buat satu trip.......

Sabtu, 20 Februari 2010

BAUNG,SEBARAU AND TENGAS GERACHI KKB.

Strike ke ni atau sangkut....


sejuk mata memandang dem sg selangor

Nasi goreng ayam ma dah lapar sangat ni......



Ingatkan orang majlis daerah.......


sempat menurun lagi si fark ni.......

Raymond dgn baungnya
Makan malam kami maggie


Sebarau raymond

Din Tiger bersama lesennya...

Dia lagi......

Pada 19/02/2010 satu trip telah diadakan untuk memburu baung dan sebarau di kawasan sg gerachi kkb. Trip kali ni bergerak dari kkb ke gerachi pada jam 5 ptg.

Ahli :

Depo k (T1)

Raymond (T1)

Din Tiger (T1)

Zali Bun (T1)

Fitzran (T2)

Fark (T2)

Apit (T3)

Mat (T3)

Teknik:Bottom and Casting.

Sampai aje di gerachi kami berpecah kepada 3 team sebab port terhad di kawasan tersebut operasi bermula pada jam 6ptg sampai jam 3 pagi. Hasil kurang sedikit kerana hanya umpan ikan hidup aje yang di bawa umpan tapa tak dapat dibeli kerana apeng masih lagi bercuti. So lihat le gambar2 yang dapat dirakam pada petang 19/2/2010 dan pagi 20/2/2010 minggu depan mungkin satu trip lagi akan bergerak masuk ke gerachi untuk ops balas dendam.... kalau ops alfa bravo tronos mine batal kita terus ke gerachi jaya......

Isnin, 1 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010







Selamat tahun baru cina diucapkan kepada semua yang beragama buddha terutama kepada AHPENG (ANG SPORTFISHING), AH TIAN (MKKB),TEOH (MKKB),NEO (DELTA 8),
CHIA (IO KAJANG),LAI (IO KLANG),TAN (SENG JEANS),ALLAN (GAMELAN MOTORSPORTS),RONNIE GOH (EX EASTWEST GM),AH KANG(P9) DAN SEMUA YANG BERAGAMA BUDDHA. GONG XI FA CAI......