Selasa, 26 Januari 2010

TRIP P9 20-21/03/2010











Satu trip ke pulau sembilan telah dirancang mengikut jadual asal seramai 8 geng team pancing kkb mengambil bahagian pada trip yang akan dijalankan pada 20-21/03/2010(sabtu/ahad) maklumat terkini seperti di bawah

Tajuk : Alpha P99/3/2010

Tarikh : 20-21/03/2010

Hari : sabtu-ahad

Lokasi : Pulau Sembilan

L.kumpul : Medan ikan bakar ( marina cove resort )

Tekong : Abang Razak (p.pangkor)

Bayaran : RM 140.00 (Tak masuk minyak kereta & parking kereta medan ikan bakar rm10)

Geng :
1.Depo k *
2.Apit parit *
3.Raymond*
4.Mat pat*
5.Mohsin*
6.Shahrul pen
7.Anuar (xteam tackle utara angler)*
8.Jamil (xteam tackle utara angler)*

Dibawah ni ada sedikit info kepada yang tak pernah g dan yang dah pernah g p9 takut terlupa

1.Set bottom dengan multiplier/spinning 4500 keatas dengan kekuatan tali 30lb-80lb.
2.Satu set light jigging/casting ( rod pe2-3,reel 4500 dah cukup tu).
3.Satu set nak layan appolo ikut suka le set bottom pun boleh buat appolo ikut lu org le.
4.Batu ladung saiz 9-24 ( Bawa ikut kemampuan le takut berat berlebihan).
5.Perambut tangsi 40lb ke atas.
6.Mata kail n0 2/0-6/0 bawa aje banyak tak jadi masalah.
7.Spare jig 40-60gm,set bulu ayam dan gewang secukup rasa.
8.Mata appolo no 14-16 warna hijau selalunya dah ok (kalau g dgn pak usop tentu dia cakap appolo guna yang belia aje buat sendiri tak mau dia mai dah dia mai dah...he...he...
9.Lain2 kelangkapan lu fikir sendiri le apa yang perlu........

Isnin, 25 Januari 2010

TRIP JENGGO K.SELANGOR.(4-2=2)







Trip yang asalnya akan turun ke kuala selangor seramai 4 geng namun 1 geng terpaksa menarik diri kerana ada kematian dan 1 geng lagi terpaksa balik ke kampung atas sebab2 tertentu yang tidak dapat di elakkan.
Trip kali ni hanya aku dan mohsin turun ke kuala selangor bertolak dari kkb jam 0500hrs dan sampaikat kuala selangor jam 0625hrs. Lebih kurang jam 0745hrs kami mendapat sampan sepanjang 16kaki berenjin 15k suzuki terus aje kami bergerak ke lokasi2 yang di jangkakan dapat menaikkan jenggooo.
Namun lesen jenggooo tetap manjadi milik mohsin berjaya menaikkan jenggo lebih kurang 15minit melaburkan umpan. Trip kali tak banyak gambar kerana hanya 2 ahli aje so gambar bersama jenggo langsung kami tak ambil.Ops ni selesai lebih kurang jam 2200hrs dalam gelab kami bergerak ke pengkalan. Hasilnya aku cuma dapat 1.3kg aje manakala mohsin sebanyak 1.5kg jadi le buat makan 3,4hari untuk kami sekeluarga.

Sabtu, 23 Januari 2010

PERALATAN MEMANCING JENGGO (BHG 1)















































Peralatan untuk memancing udang galah yang selalu digunakan pada masa ini adalah amat ekonomi pada harga rm100 mungkin kita boleh mendapat 4 set pancing udang galah tanpa berjenama terkenal.Murah dan mahal tidak menjadi satu beban pada kaki pancing yang penting keseronokan melayan si jenggoooo.

REEL

Selalunya para memancing menggunakan model 500 atau 1000 sudah terbukti keasyikan melawan si jenggo.Antara model kegemaran saya shakespeare intrepid,Tica cetus 500,Ofmer axis dan Daiwa crossfire-A 1000 walaupun harga reel tersebut antara rm48 ke rm75 tetapi pelaburan ini amat berbaloi.


ROD
Rod untuk memancing udang galah tak menjadi masalah dari harga rm5.00 hingga rm30.00 adalah biasa cuma yang berjenama mempunyai daya tarikan yang menarik seperti model xpuyu matrix test line 4-10lb,lures:4-21g dan length 1.35mm sudah memcukupi untuk memancing jenggo dari atas sampan atau bot.

TALI

Tali biasanya boleh digunakan mono atau pun braid tak memjadi masalah kekuatan 6lb hingga 12ld sudah ok. Jika memggunaka tali braid adalah lebih baik kerana kita dapat merasai tarikan sijenggo dengan pantas. Apa pun saya menggunakan tali sulam antara 8lb hingga 12lb penggunaan tali adalah mengikut kehendak kita sendiri jangan tiru orang lain jika tidak pernah menggunakan tali sulam so berhati-hatilah keranatali sulam amat sensitif perlu dijaga selepas memancing hendaklah dibasuh agar jangka hayat tali ini lebih lama untuk digunakan.

BATU LADUNG

Batu ladung yang biasa digunakan adalah jenis buah kana bernombor 4,5,6dan 7. Perlu diingatkan penggunaan batu ladung adalah mengikut keadaan air jika air perlahan no 4 pun ok kalau laju mungkin no 6 atau 7 terpaksa di gunakan.Batu ladung bulat juga biasa digunakan so ikut selera masing-masing.

MATA KAIL

Mata kail biasa atau sabit selalunya digunakan untuk memancing jenggo ada sesetengah tempat menggunakan mata kail biasa anatara n0 5 hingga 8. Manakala mata kail sabit bernombor 4,5 dan 6 selalunya menjadi pilihan kaki pancing udang galah apa pun pelbagaikan jenis nombor mata kail kerana jika menggunakan no besar tapi kurang berkesan bolehlah kita menukar ke no yang kecil. Sediakan beberapa jenis mata kail untuk kesenangan pada masa kita turun ke padang pancing. Tepuk dada tanya selera mau jenggoooo ke....

BEKAS UDANG GALAH

Ada banyak jenis bekas menyimpan udang galah pada masa kini dari nylon hingga ke jut besi yang mana satu pilihan anda? Apa pun janji ada semasa turun memancing. Sepekara lagi adalah lebih baik jika membawa bekas coleman untuk menyimpan udang yang telah mati agar terjamin kesegaran udang tersebut.

KITA BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN KE 2 SEDIKIT MASA LAGI......






















Sabtu, 9 Januari 2010

TRIP JENGGO K.SELANGOR. ( AIR TERLALU JERNIH )

Teramat cantik air hari ni


Senjata milik kamal dan din tersusun ma

Hasil pancingan depo k


depo k + hasil jenggonya

Jenggo pertama trip ni....


kamal dgn jenggonya....
Menunggu giliran nak naikkan jenggo

Satu trip untuk cuba memcabar trip 25/12/2009. Trip kali ni disertai oleh depo k,m.mohsin,din rimau dan kamal ( ahli baru tapi dah lama tak join team ). Trip pada 09/01/2010 berkumpul di rumah m.mohsin pada jam 0500hrs bertolak ke taman arif memgambil din dan kamal terus bergerak dari kkb ke k.selangor melalui b.beruntung-b.tagar-unisel-jln raja musa-bukit belimbing-pengkalan kg baru pasir penambang. Sampai di kuala selangor pada jam 0630hrs terus ke restoran rahimah untuk sarapan pagi.

Selesai sarapan pagi bergerak ke pengkalan sampai aje dah penuh kereta ramai jugak member2 yang turun. Apa tunggu lagi terus masukkan barang dalam bot yang boleh memuatkan 4 orang dapat umpan udang beras terus bergerak ke lokasi pertama kawasan nipah. Tapi trip kali ni sebenarnya hampir kumpau kerana cuaca amat cantik air teramat cantik dan terlalu jernih sehingga kedalaman 1.5 meter dapat dilihat dengan jelas ini menyebabkan si jenggo kurangg sikit nak makan. Cuma waktu petang aje baru galak nak makan.

Macam biasa trip kami selesai pada jam 1830hrs dan terus bergerak balik ke kkb. Gambar di atas adalah hasil saya seorang pada trip kali ini. Pada kamal jangan bersedih nanti kita turun lagi walaupun kureng sikit.......
jengggo tetap di hati ku.......

Jumaat, 1 Januari 2010

SUDAH TAHUN 2010 JOM BUAT TRIP BARU


Apa lagi sila cadangkan aktiviti yang dirasakan sesuai untuk pembuka tirai tahun ini pada saya. Sekarang aktiviti akan bermula minggu depan kerana minggu ni semuanya sibuk menguruskan persekolahan anak. Ni ada satu trip yang telah dibincangkan minggu lepas iaitu trip jenggo kuala selangor pada 09/01/2010 sesiapa berminat sila hubungi zali bun untuk tindakan siapa cepat dia dapat tempat dalam bot le....
Kepada semua warga MKKB selamat menyambut tahun baru 2010 kerja dah berkurangan jom kita p memancing jom....