Isnin, 30 November 2009

TRIP UDANG GALAH SUNGAI KERIAN





























Ini merupakan trip yang tidak dirancang. Ahli komplot hanya depo k dan anuar aje. So pada pagi 29/11/2009 terima sms dari anuar mengajak aku turun memancing udang galah di sungai krian. Seperti dirancang kami bertemu di kedai roti canai kat tepi sungai. Kami terus dergerak ke pengkalan anuar kat belakang rumah rizal member anuar. Kami sampai kat pengkalan pada jam 0950pagi tanpa berlengah kami berdua terus aje berjuang dengan menggunakan bot secandhand yang baru dibeli oleh anuar dan enjin 3 kuda yamaha dan kelengkapan pertempuran yang canggih. Kami hanya menggunakan umpan udang pasar.Tetapi air kurang cantik sehingga jam 1530hrs kami hanya mendapat 1kg udang galah aje apa pun tepat jam 1540hrs kami terus balik ke pengkalan dengan hasil tangkapan 1kg aje apa pun kepuasan memancing adalah menjadi keutamaan kami berdua. Apa pun terima kasih pada anuar yang sudi mengajak aku untuk trip kali ini.

Rabu, 11 November 2009

TEAM MKKB BULAN NOVEMBER (02)







Ahli team yang kedua diperkenalkan pada bulan ni adalah Shahrul Ikhwan. Kalau di pejabat lebih dikenali sebagai pendek atau adik. Adik merupakan salah seorang ahli yang aktif hampir semua trip yang dianjurkan beliau pernah terlibat.Beliau merupakan PA kepada AKU BUKAN SUPERSTAR gelaran yang diberikan oleh black faham2 aje le. Adik merupakan anak kelahiran kuantan pahang dengar cerita pun rumah kat tepi sungai betul ke tu? Apa pun beliau sedang berusaha untuk menbuat satu trip ke kampung halaman beliau di Kuantan untuk men=mancing si jenggo pada bulan disember nanti. Kepada yang berminat naik join trip ni boleh le ikuti blog kita ni dari semasa ke semasa. Apa pun adik merupakan salah seorang ahli yang rajin terutamanya semasa trip ke kuala selangor terpaksa menjadi awak awak kepada Kapten Man apa pun adik seorang yang rajin berusaha walaupun kumpau.Gmbar diatas adalah hasil pancingan beliau semasa megikuti beberapa trip yang di anjurkan oleh team pancing mkkb. Syabas pendek....